Assalamualaikum. Hai.
Lately terlalu banyak otak ni berfikir. Tentang macam-macam perkara. Hal itu dan hal ini. Maka jerawat pon mula berternak di dahi lol. Orang kata jerawat di dahi sebab stress. Ataupun sebenarnya buku yang kata. Entah lah. Dua-dua pon boleh.
Dan beberapa hari ni mempunyai keinginan untuk menulis ( menaip ) di blog ni tapi tak dapat nak express tentang apa sebenarnya perasaan ini. Salah satu keinginan saya ialah untuk menulis ( menaip ) tentang JANJI.
Awak pernah tak berjanji ?
Awak pernah tak berjanji sehidup semati ?
Awak pernah tak berjanji akan ada selamanya di sisi seseorang yang awak sayang ?
Awak pernah tak berjanji takkan tinggalkan orang yang awak sayang ?
Awak pernah tak berjanji untuk mengahwini ?
Awak tahu tak awak bersalah bila mungkir janji ?
Awak tahu tak awak tak boleh main-main dengan janji ?
Hati-hati bila awak berjanji. " Saya janji ... " ialah satu ayat yang sangat besar dan berat tanggungjawabnya.
Saya bagi contoh ayat, " Saya janji saya akan kahwini awak " ataupun
" Saya janji takkan tinggalkan awak ".
Awak sedar tak bila telah berjanji begitu ia adalah suatu harapan untuk pihak yang dijanjikan. Awak telah sedikit sebanyak mengambil kepercayaan pihak yang satu lagi.
Cuma, ironinya apabila awak sendiri yang melanggar / memungkiri / melupakan janji.
Untuk awak tahu akibat yang lebih teruk, sila menonton filem Hantu Rumah Ampera.
Dekat Astro Citra selalu ada.
Hati-hati bila berjanji. Please.
As for me, kalau ada janji-janji saya pada awak yang belum ditunaikan, please let me know. Saya mungkin terlupa. Maka, ingatkan saya.
Dan untuk awak yang pernah berjanji dengan saya, saya takkan simpan dalam hati. Kalau awak rasa nak menunaikan janji atau melupakan janji, terpulang.
Saya juga mungkin seperti awak. Sudah melupakan.
p/s: Awak = Sesiapa saja ( you all ). Bukan ditujukan kepada seseorang yg khas. Thanks.
















