Saturday, December 31, 2011

The Last Saturday.

Assalamualaikum.. Hai.

Sebenarnya tadi nak listkan tarikh-tarikh yang bermakna dalam hidup sepanjang 2011. Tapi terpaksa dibatalkan sebab nanti takut kalau-kalau ada yang terasa kot-kot tarikh tu berkaitan dengan hidup mereka . Maka, niat itu dibatalkan. Sebab kita kena move on kan....

Tak boleh la asyik nak ingat benda lepas. Yang lepas biar la lepas. Sebab itu yang dah tertulis untuk jadi begitu. Jadi saya okay. Saya masih punya iman dan kekuatan untuk berpijak di bumi yang nyata ini. Saya masih kuat. Lagipun, hidup ni panjang lagi. Banyak lagi yang kena fikir. Banyak lagi keputusan yang saya kena buat. 

Jadi sebab itu, saya taknak berakhirnya 2011 ini dengan perasan benci, sakit hati, atau dendam. Serius. Saya mahu semuanya jadi okay. Boleh tak kalau kita lupakan sengketa? Sengketa ini makin diri woh. Segala benci, sakit hati, dan dendam yang ada itu tak bagusnyaaaa untuk hidup. Kan?

Mungkin ada yang anggap saya ni tak habis-habis lagi. Saya nak habiskan la ni. Saya nak semuanya jadi okay macam sepatutnya ia okay. Saya tak pernah terfikir akhirnya hubungan ini akan jadi berantakan dan teruk sekali sampai macam ni. Sungguh. Bukan ini yang saya mahu. maka sebab itu saya mahu perbetulkan semuanya. Anggap lah saya apa saja. Tapi saya cuma mahu perbetulkan keadaan. Tak tipu. 

Dan untuk sesiapa saja yang berasa sakit hati atau benci saya, maafkan saya. Mungkin saya ada tersakitkan hati sesapa secara tak sengaja. Maafkan saya. Sebab lately selalu dapat soalan dari Anonymous dekat FORMSPRING saya. Maaf.

Apa kata, kita senyum, mulakan semuanya semula dan " Hai, saya Yana. Awak? "
Awak nak kawan dengan saya? Tapi kena janji jangan tinggalkan saya. Sebab kita kan kawan. Kalau kawan mana boleh tinggal kawan. Kan?
Kalau awak boleh janji itu, saya suka nak berkawan dengan awak. 

Oh, kalau betul awak nak kawan saya, meh add FACEBOOK, follow TWITTER & TUMBLR saya hihi. 


Esok nak balik kampung jadi azam tahun baru di post yang seterusnya nanti. Hihi. 
Semoga di tahun baru ini saya jumpa Noh saya. Eh. Dah reveal dah salah satu azam tahun baru. Eh. 




*Eh hey, happy birthday.  :)



2 comments:

Qa Thyqa said...

hye2...lamenya x update blog...

Nana said...

Hehe Okay lepas ni tiap2 hari update. Eh. :p