Showing posts with label Relax ouh.. Show all posts
Showing posts with label Relax ouh.. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

I'm 23 & I'm Macho !

I was born on 15 February 1989. I'm 23 on 15 February 2012. I'm going to get married on 15 February 2015. Eh. 
Birthday kali ni sangat rilex. No celebration. No cake. No baling-baling telur. No baling-baling tepung. Nothing like all those past years. I'm missing all the awesome friends! 
But I'm okay. At least tak payah nak mandi banyak-banyak kali dalam satu hari ataupun lari sembunyi dalam toilet sebab takut kena baling telur kena rambut nanti payah nak cuci hilang bau habis satu botol syampu ataupun tak payah nak fikir nak buat reaction muka terkejut yang cute bila tiba-tiba ada SURPRISE!
Okay I miss you girlfriends! :')


I'm 32 ! Woooooo ! Really ?


I'm 23 laaaa. Hihi.


Ucapan-ucapan popular tahun ini ialah, " SEMOGA TABAH ". Hey girlfriends, I'm okay. I know I'll find someone who will treat me right. Yang satu itu bukan jodoh. Maka I okay. :)



I'm being silly. Very silly & crazeyyy lol. 


I'm being... Macho ! 


To Alin, thankyou for the sweet entry in your blog. -Happy Birthday Roziana- Tak sangkaaa ! Hang sangat sweet ! Err tapi awat gambaq cheq yang sememeh tu jugak yang hang letak ? lol. 



I love you Alin ! <3


Ini Alin. Kitorang pernah celebrate birthday Alin dekat tempat air terjun dekat Gunung Ledang. Tapi apatah nama tempat tu, dah lupa hihi. Dia terkejut kot time tu sebab tengah syok-syok main air tetiba kitorang nyanyi happy birthday sambil bawak kek hihi. :')
Kepada Alin, thanks again & aku ada lagi video celebrate birthday kau kat air terjun tu hihi :p




* Saya paling rindu saat-saat kita gembira ketawa bersama bila ada celebration :')

Saturday, December 31, 2011

The Last Saturday.

Assalamualaikum.. Hai.

Sebenarnya tadi nak listkan tarikh-tarikh yang bermakna dalam hidup sepanjang 2011. Tapi terpaksa dibatalkan sebab nanti takut kalau-kalau ada yang terasa kot-kot tarikh tu berkaitan dengan hidup mereka . Maka, niat itu dibatalkan. Sebab kita kena move on kan....

Tak boleh la asyik nak ingat benda lepas. Yang lepas biar la lepas. Sebab itu yang dah tertulis untuk jadi begitu. Jadi saya okay. Saya masih punya iman dan kekuatan untuk berpijak di bumi yang nyata ini. Saya masih kuat. Lagipun, hidup ni panjang lagi. Banyak lagi yang kena fikir. Banyak lagi keputusan yang saya kena buat. 

Jadi sebab itu, saya taknak berakhirnya 2011 ini dengan perasan benci, sakit hati, atau dendam. Serius. Saya mahu semuanya jadi okay. Boleh tak kalau kita lupakan sengketa? Sengketa ini makin diri woh. Segala benci, sakit hati, dan dendam yang ada itu tak bagusnyaaaa untuk hidup. Kan?

Mungkin ada yang anggap saya ni tak habis-habis lagi. Saya nak habiskan la ni. Saya nak semuanya jadi okay macam sepatutnya ia okay. Saya tak pernah terfikir akhirnya hubungan ini akan jadi berantakan dan teruk sekali sampai macam ni. Sungguh. Bukan ini yang saya mahu. maka sebab itu saya mahu perbetulkan semuanya. Anggap lah saya apa saja. Tapi saya cuma mahu perbetulkan keadaan. Tak tipu. 

Dan untuk sesiapa saja yang berasa sakit hati atau benci saya, maafkan saya. Mungkin saya ada tersakitkan hati sesapa secara tak sengaja. Maafkan saya. Sebab lately selalu dapat soalan dari Anonymous dekat FORMSPRING saya. Maaf.

Apa kata, kita senyum, mulakan semuanya semula dan " Hai, saya Yana. Awak? "
Awak nak kawan dengan saya? Tapi kena janji jangan tinggalkan saya. Sebab kita kan kawan. Kalau kawan mana boleh tinggal kawan. Kan?
Kalau awak boleh janji itu, saya suka nak berkawan dengan awak. 

Oh, kalau betul awak nak kawan saya, meh add FACEBOOK, follow TWITTER & TUMBLR saya hihi. 


Esok nak balik kampung jadi azam tahun baru di post yang seterusnya nanti. Hihi. 
Semoga di tahun baru ini saya jumpa Noh saya. Eh. Dah reveal dah salah satu azam tahun baru. Eh. 




*Eh hey, happy birthday.  :)



Monday, August 15, 2011

Apa Rasa Jadi Cantik Kacuk Cina Pakistan ?

This is what in my mind on that very bad-day which i cannot say it out loud.

Boss, err i mean, Ex-Boss,

Kita sama-sama Melayu. Walaupun kau ada mix-apekebenda-entah, tapi kau ingat aku ni bukan manusia ke ? Damn. Kau rasa bila kau dah cantik sangat whatsoever, kau boleh la treat pekerja-pekerja kau macam kuli batak ? Hell no !

Kau tau kenapa aku diam je bila kau kata aku macam-macam ? SEBAB AKU TAKNAK NAMPAK BODOH MACAM KAU. Orang bodoh yang taktau kawal perasaan je would act like that. Poor you. You're so... Very. Damn. Stupid. in my eyes. LOL.

Apasal kau taknak bayar gaji aku doh ? You're sick ! Tiap-tiap hari kau untung ribu-riban but still kau taknak bayar gaji aku. Damn sick !

I swear, hidup kau takkan pernah tenang. Satu hari nanti bisnes kau yang tak berkat tu akan lingkup. AKU TAKKAN HALALKAN DUIT GAJI AKU YANG TAK SEBERAPA YANG KAU MAKAN TU. Annddd, aku takkan maafkan apa saja yang kau cakap pada aku selagi kau tak datang mintak maaf depan muka aku.

Aku pendendam. Told you.

Kalau muka cantik, hati tak cantik nak buat apa ?

Tuesday, April 5, 2011

Privacy & Respect

Hai Assalamualaikum.

Anda tau apa itu PRIVACY ? Anda tau apa itu RESPECT ?

Privacy tu bila masa kau nak sendiri . Kau taknak ada orang lain ganggu kau . Taknak langsung okay . Taknak . Contoh nya, bila kau tidur . Tidur adalah masa privacy aku . Aku pantang betul lah kalau ada orang kacau aku masa tidur . Tak kira lah gangguan bunyi bising ke, gangguan lampu ke, gangguan handphone ke . Aku seorang yg memerlukan persekitaran yg selesa untuk tidur . Wa bukan jenis letak kepala terus berdengkur tak ingat dunia derr . Nak tidur tu pon kena ambil mood . Last-last ambil mood je pon dah sampai nak Subuh . Baru je nak terlena sikit, dah bunyi handphone TENG TENG TENG ( okay aku tak reti nak buat mcm mana handphone bunyi ) . Serius aku sangat sensetif dengan bunyi-bunyi handphone + vibrate nih, mesti terjaga . Kalau tiba " time of the month " tu lagi lah . -__-"
Aku tension jadi aku .

Okay korang, kalau jumpa orang macam aku ni, apa perlu korang buat ? RESPECT . Ya pandai anak-anak ! Apa perasaan kau kalau orang tak hormat privacy kau ? Kau rasa nak baling dengan kerusi tak ? Pandai-pandai lah kan fikir apa patut dan apa yang tak patut . Kalau dah nampak kawan korang tidur, tak payah lah nak berbicara macam nak bagi satu dunia dengar, gelak berdekah-dekah, dan sebagai nya korang boleh fikir sendiri . Aku kalau jumpa orang macam ni memang aku LEMPANG je . Okay tipu . Aku masih berperikemanusiaan . Hah baik tak aku ? Berperikemanusiaan lagi walaupon kau ganggu privacy aku ? :)

Banyak lagi privacy laen yang korang kena respect . Tapi aku bagi contoh pasal tidur je . Sebab hey sekarang dah 2:16 a.m. tapi aku masih berjaga HAHA && yess masa tidur adalah masa privacy aku , selain dari masa aku belajar, tengok tv, online, makan, tengok movie dekat laptop . Dari tengok tv sampai tengok movie dekat laptop tu tipu je .




*Kenapa guna perkataan korang ? Bajet ramai lah yg baca blog kau ? -__-"

Thursday, February 24, 2011

Cuma Aku - Heliza Helmi

Mari berehat kejap kawan-kawan .





Video clip Heliza nih sangat comel ok tambah-tambah part yang mula-mula tu . Sila enjoy!



*Kan best jadi macam nih . Tak sedih pon orang tu tak suka balik siap boleh nyanyi-nyanyi LOL . :D

Wednesday, January 26, 2011

Kita Yang Kena Karma Sebenar nya .

They say hidup ni karma . What goes around comes around . Yeah what goes around dah comes around dah pon .

Dah tak larat nak layan perasaan dah sekarang. Biarlah . Dah bukan jodoh nak buat macamane ?

Ok ke tak ok ?
( google image )

I'll use Kita to represent anyone . Maksud nya siapa saja boleh alami benda alah ni. Bukan I je .

Pernah tak terfikir, apa yang jadi sebenar nya kita sendiri pernah buat macam tu dulu ? Tak kira lah pada Ex Boyfriend ke, Ex Girlfriend ke, Ex kepada Ex Boyfriend ke, Ex kepada Ex Girlfriend ke .
Daripada kita asyik cakap, " Tengok lah, nanti kau akan dapat balasan nya. Baru kau tau apa aku rasa " , Why don't kita sendiri yang muhasabah diri ?

" Agak nya ni balasan nya sebab aku pernah tinggalkan Ex Boyfriend aku dulu. "
" Agak nya ni balasan nya sebab aku pernah rampas Boyfriend dia dulu. "


Nampak tak ?


Tak semesti nya dia yang bersama Ex Boyfriend/Girlfriend kita tu jahat. Perampas. Bitch. Slut. WTF. WTH. OMG. Eh eh enough . Teeeheee .
Kita deserved it sebenar nya sebab kita pon pernah buat benda sama dulu . Kan ?
Jadi sebenar nya KITA yang terkena karma tu .


p/s ; Ini cuma kalau Boyfriend/Girlfriend kita kena rampas /tinggalkan kita . Kalau ada masalah lain tu, Wallahualam. Bye.



*Itu sebab nya saya percaya dengan karma. Do you ?

Wednesday, January 12, 2011

Apedehal ?


Tak pernah rasa nya terpikir nak buat entry tribute to sesape . Kalau buat entry untuk birthday kawan-kawan tu memang selalu lah . This is a special one . This for you Maria Elena . You are the only exception . Yes you ! Excited tak ? Oke tak excited sebab dah banyak berkoyan-koyan rakan-rakan bloggers yg buat entry pasal you . Sobs sobs . Ah I dont mind . Nak jugak buat .



Untuk sesape yg tak kenal Maria Elena neh sape ( ade ke yg tak kenal ? ) neh lah gerangan manusia cantek itu . Eh eh gambar I curik dari Facebook beliau . Jangan saman atau buat muka DONKEY kat I tau . HAHA . Kalau tak kenal lagi nah neh Twitter beliau . Tak kenal lagi pergi mintak no telepon dekat beliau sendiri . I dont have it . Sorry .

Sebenar nya buat entry neh sekonyong-konyong ( tak tau lah perkataan neh sesuai ke tak, tiba2 je cross in mind haha ) coment yang Maria dapat untuk her Latest Entry . Bukan itu sahaja, lagi dekat blog Cik Epal pon ada yg diperkatakan oleh Si Anonymous itu dekat her Latest Entry jugak.

I was like, ada jugak heh orang yg dengki donkey macam neh ? Tak puas hati ke weh sebab dorang famous kau tak famous ? Or or or nak famous instant macam tu je gedebuk kau dapat ?
Eh eh kalau lah kalau En/Cik/Tuan/Puan/Dato'/Datin Anonymous terbaca ke saja-saja baca ke you tak payah lah nak post coment macam tu pada I oke . Sebab I tak famous pon . Tak percaya ? Tengok lah followers I berapa butir je HAHA .

Cuma, dah lah buat kerja macam tu oke . Tak baek tau . Allah tak sayang . Yess I know lah you are malay, ISLAM lagi tu. Kan ? ;)

Untuk Maria Elena Zarul, I will always by your side . No matter what . Ecececeh . Yeah yeah I was wishing for someone buat macam tu sbb dia buat dekat org famous je tapi bila you dah cakap jangan wish macam tu, I pon tanak lah . HAHA . Its NOT a nice feeling kan ?
Btw, just ignore je Anonymous tu oke ? Apedehal ?
I love you . You love me tak ?
You want to hug me ? OMG I want to hug you too ! HAHA .





* Hey I love all my friends sooo much oke ? ;)

Friday, December 24, 2010

Hey Womanizer How Are You ?

Hey dah lama rasa nya I tak menulis tentang you . Tiba-tiba hari neh mendapat satu berita yang KAHKAHKAHKAH nak guling-guling tengah jalan highway time musim raya yang banyak kereta sampai jammed ber jam ber jam ber jam . So tak boleh lah nak guling-guling tengah jalan . Oke tukar . KAHKAHKAHKAH nak guling-guling celah-celah kereta dekat highway time musim raya yang banyak kereta sampai jammed ber jam ber jam ber jam . Ouh sempit .

Kenapa I yang jadi bahan berita tajuk utama ? Live your life without me lah . I've forget you already lah until I got that hilarious cerita . Serious kelakar oke ! Enough lah . I'm done with you . We've settled everything kan ? Eh yeke settled ? Haha . Biar lah habis on that day je oke ?

Kalau you tanya I sekarang at this time if I'm angry dengan you ke tak I would say, I was angry at you after all that nonsenses happened . I rasa nak bunuh you yess bunuh you ! I was angry at myself too . Tapi sekarang I realized that we're both salah . Dah lah taknak marah-marah lagi. We are friends kan ?

BUT, ouh kenapa mesti ada BUT kalau dengan you neh ? Sebab I taktau you've changed ke tak. -___-"

But if you buat your womanizer perangai dengan my friend who's your tempat untuk bertanya pasal I tu, you will face with this International Tae-Kwon-Do Federation member ! Hah takut tak ? I ada errr color ape eh belt I ? Ahhh tak kesah lah tu . Janji I ada Tae-Kwon-Do . I tau back kick tau heh ! Grrr .

And wish you happy with that girl kalau betul you yakin itu cinta .


Btw, you made my day by making me laughs macam orang gila . ;'D



Gambar masa Part1 rasa nya neh . Jangan gelak pukul nanti ! Missing those great moments . Moment bergambar senyap-senyap dalam kelas . Err maaf En. Razak ! See I remember neh your class yang you ajar buat website HTML notepad segala tu . Ouh i remember lah hoh!

OBVIOUSLY GAMBAR TAKDE KENA MENGENA DENGAN ENTRY.



Wednesday, December 8, 2010

You Hot Tak ? I Tak.

Hari ini eh malam ini terasa seperti mahu menulis eh salah lagi menaip . Tapi nak menaip campur-campur boleh tak ? Oke, sempena Maal Hijrah neh mari kita sama-sama berhijrah mahu ? I will not talking like the ustazahs or orang-orang alim yang pakai purdah tutup muka nampak mata je dengan stoking yang bukan skin socks tu . Just want to talk like me . Maal Hijrah for me like mana yang memudaratkan tak elok tu baek tinggalkan . Hidup pon tak lama kan ? So kena hayati siket hidup tu . Ouh lagi satu, Maal Hijrah, mari dari tak hot kita jadi hot . Ouch HOT . Heh dah berapa kali terpaksa backspace bila tersalah taip Maal Hijrah jadi MALL HIJRAIAH apa tu ? -___-

Adakah maksud nya I kena pegi MALL beli baju HIJRAIAH ? Errr ada ke baju nama tu ? Gila . Oke cukup . Apa hot tu ?

Some people kata hot tu bila you free hair rambut kaler-kaler ada fringe depan boleh fuhh fuhh tiup dengan mulut . Some people kata hot tu bila you kurus keding skinny boleh nampak tulang rusuk tulang dada segala . Ouh terasa I dengan kata-kata some people tu sebab I gumuk . ;(
Some people pulak kata hot tu bila muka you flawless takde jerawat bintik jeragat pesawat . Terasa lagi I dengan kata-kata some people . Some people lagi kata hot tu bila you putih melepak kalau boleh macam kertas A4 Double A tu . Fine !

Ada lagi some people kata hot tu bila you kencing berak dalam tandas duduk . Eh ? Errr maaf sebab I mencarut .

Lagi some people kata hot tu bila you pakai seksi baju takde lengan nampak ketiak seluar pendek pakai hot pants . Ouh betul kot sebab tu nama seluar pendek tu hot pants ? Gila . Some people kata lagi hot tu bila you pergi kelas kena mekap tebal-tebal meter-meter . Hah I tau sebenar nya you nak tutup bintik jeragat pesawat muka you tu kan ? Ciss I tau .

Nak dengar lagi eh baca lagi apa some people kata ? Some people kata hot tu bila you pakai baju MANGO GUESS kasut JIMMY CHOO GUCCI bag PRADA D&G perfume HUGO BOSS CHANEL phone BLACKBERRY iPHONE . Itu je yang i tau jenama-jenama semua sebab I tak pernah pakai yang mahal-mahal neh . Ye lah kot semua tu yang mahal . Kan ? Sebab I rasa memang dah mahal dah semua tu . Kalau you rasa tak mahal, makna nya Wow! lah you neh. Eh bukan Wau layang-layang tarik-tarik macam budak-budak maen dekat padang depan Upwell Segamat tu tau . Neh Wow! = Hebat .

I pakai yang biasa-biasa je . Eh I pakai bundle tau . Murah weh haha . Kalau nak pakai yang ada jenama siket kena tunggu sale timbun-timbun longgok depan kedai macam VINCCI selalu buat tu . Haa yang tu baru murah boleh lah cakap Hey I pon pakai jenama jugak yang longgok HAHA . Walaupon harga RM29.90 .


Maksud I dekat sini, wahh baru sampai maksud neh ha berubah jadi hot tu tak perlu semua tu . You nak seksi muka flawless puteh pakai barang jenama semua tu nak buat apa kalau orang laen tetap pandang you cool je ? Semua tu tak penting .

Kalau you tu tak hot nak buat-buat hot mengata orang yang tak hot sebab you rasa you tu hot baek you pergi beli cermin dekat kedai dua ringgit yang harga bukan nya dua ringgit tu yang boleh nampak satu badan tu lepas tu cuba cermin dulu diri you tu siket oke .

So babes, mari kita berhijrah jadi hot sekarang ? Mari . Mari lah pergi Hari-Hari .




I tau I tak hot naek LRT je . Fine . Dah diam .




*Duduk Malaysia neh memang hot kan ? Ewahhhh mengada .

Wednesday, December 1, 2010

Zynoe, Dah Makan .


Zynoe Amiera ; Dah rasa KFC yang baru ?



Haa baru rasa neh ha . Haha . Lambat gila lopek betul . Ouh btw, pergi lah makan di KFC SeaPark PJ . Ayam dia besar besar wooo ! Komfem terkenyang sampai pagi esok HAHA .



Neh dia Snek Plate . Bersih suci lagi . Besar tak ?



Ouh dah tak berapa nak bersih suci dah . Kasi yang lagi clear besar tak ?



Tangan raksasa ke rasaksa ? Mana si besar seketul lagi ?



Ouh raksasa ke rasaksa cantik rupa nya . ;p
Tangan manusia sebelah tu pon tengah amek gambar jugak tu haha .




*Nanti kita pergi makan sesama nak ?

Saturday, November 20, 2010

Untuk Perhatian Zynoe Amiera , Nazierah Roslan && Qeela Nazari.

Bukak blog Zynoe Amiera ternampak nama di tag untuk benda alah neh. Malas layan haha. Bukak blog Nazierah Roslan ada lagi nama di tag. Malas layan lagi haha. Baca dekat entry tu Azie tulis dia kena tag dgn Qeela. Pastu bukak lah blog Qeela kot-kot mana tau dia tag aku skali. Hah betol dia tag aku jugak haha. So, macam tak best je kalau tak buat sebab dah kena tag dgn 3 budak comel. Ouh sila belanja makan sbb guna perkataan comel tu terima kaseh. Dan kalau-kalau ada lagi yang tag tapi terlepas pandang, mintak maaf eh. Let me know then i'll change the title hehehe.

1. Apa nama blog dan knp letak nama itu?
.The Roziana. Before neh pernah ada nama laen tapi rasa macam .The Roziana. neh mcm cool je haha perasan. Jangan layan.


2. Apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?
iniceritarozy.blogspot sbb dalam blog neh semua cerita aku bukan cerita kau bukan cerita kedai kopi . Neh untuk perhatian Ain Hana haha.


3. Apa method dlm penulisan anda?
Macam-macam. Most of it about feelings lah. Benci, sayang, suka, cinta eh cinta ?


4. Pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
Errr tak kot. Tapi pernah buat private lah sekejap. Sekejap je haha.


5. Pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
Haha takkkk.


6. Apa perasaan anda bila org kata blog anda buruk sdgkan org lain kata blog anda cantik?
People talks so I dont mind. Eh lagipun neh blog aku derr kau nak sebok-sebok apahal ?


7. Bila blog anda diberanakkan?
Errr jap nak check. Hah baru 7 bulan rupa nya haha. Baby lagiiii. Alolololo tomey tomey tomey.


8. Siapa org pertama yg tahu anda ada blog?
Klau tak silap aku lah eh kalau tak silap, Cik Zynoe Amiera. Dia yang 1st follow aku. Maaf eh kalau tersilap orang laen sebenar nya.


9. Apa perasaan anda bila ada org berkata tentang blog anda di sekolah?
Errr kite dah tak sekolah dah. Dekat sekolah dulu takde blog lagiii.


10. Sepuluh org seterusnya bakal ditag
Haha tatau nak tag sape. Suka hati lah sape-sape yang nak buat oke ? ;)



*Sila tag lagi. ;))

Saturday, November 13, 2010




Jangan cuba mencipta harapan jika kau hanya mainkan perasaan yang sekian lama nya dambakan kehadiranmu. Jangan biar ku mencintaimu melainkan kau merasa begitu kerna hati ini tak bisa di luka lagi.





Jat Da Da Da - Dia Fadila

Tuesday, October 12, 2010

Berkata Lah Selagi Kau Boleh.

Abaikan perasaan tak puas hati tu. Siket je lagi, siket lagi. Lepas neh dah takde kaitan dah. Just follow the flow. Persetan kan semua itu. Hey hey kau boleh cakap apa saja pasal aku cakap lah takpe. Just always know, aku boleh tau lah bila kau berkata mengata. I'll act normal macam takde apa yg berlaku oke sbb aku professional wahhhaaa !

Nak tau tak kau tak pernah ada dalam mimpi-mimpi aku untuk hidup akan datang. Makna nya, kau takde kaitan dengan aku dah nanti paham tak paham tak ?

Tolong lah weh jangan buat aku jadi orang yang takde kaseh sayang dah.
Tolong jangan buat aku jadi orang fake.




*Zaty, Dot, Ika, Dinie I'm missing you semua babes. ;'(

Sunday, September 26, 2010

Badak Berendam Time !


25.09.2010
12:30 p.m - 3:30 p.m




Location ; Hotel Sri Pelangi @ VIP Hotel. Entah lah yg mane satu suka hati lah nak panggil yg mane HAHA.

Entrance Fee ; RM7.00 oke RM7.00 bukan RM5.00. Sebenar nya tambah RM2.00 tu ada drink skali tapi tatau dekat mane nak amek drink nya. Penipu lah tu HAIH.


Tapi yg best nya berenang lah sampai kau kecut segala pon dia charge RM7.00 jugak. ;)




*Gila release tension ouh sekarang dah saket badan berenang lama sangat.