Showing posts with label cries. Show all posts
Showing posts with label cries. Show all posts

Friday, December 23, 2011

Maaf.

Paham tak perasaan sedih yang amat bila menghampakan harapan orang-orang yang paling disayangi di dunia ni ? 
Saya mintak maaf sebab menghampakan semua orang. Maaf. Saya akan cuba buat semua orang bangga dengan saya suatu hari nanti. 
Dan dalam masa untuk saya mencapai itu, saya harap maafkan saya. 
Saya merasakan diri saya sangat teruk.
Maaf. :'(



*Sungguh. Tolong maafkan saya.

Thursday, December 8, 2011

Masa Semakin Suntuk.


Saya sentiasa berharap untuk berjumpa kali terakhir. Tapi nampaknya tetap tak kesampaian. Sisa-sisa masa yang tinggal ini, jauh di sudut hati saya masih berharap ada pertemuan itu. Atau saya harus pasrah saja dengan ketentuan hidup ?








* Bahagia itu bila ada kita.

Saturday, December 3, 2011

Celik Buta.



Kau yang dah jauh berubah,

Atau aku yang masih takmau berserah ?

Atau. Aku. Si celik. Yang. Masih. Lagi. Buta ?





*Nyah saja perasaan ini boleh ?

Fear.



They say that, love makes you do the craziest things

but it can also makes us do terrible thing

and when that happen, it's not really love.

It's fear.

Fear of being alone,

Fear of being replaced,

Fear of being forgotten.



Eza, Ghost.

Sunday, November 27, 2011

Pemilik Jiwa Ini.

Aku mahu ikut kata hati
Yang mahu kau selalu disini
Sentiasa disisi
Seperti dulu, bila kau tak pernah sepi
Aku mahu semuanya kembali

Akal kata pergi
Hati kata nanti, jangan pergi
Mana satu ni?

Ada masanya aku lebih menyebelahi hati
Tapi sampai bila aku mesti menanti?
Bila kau sendiri tak peduli
Sama ada aku hidup ataupun mati

Bila masanya untuk aku pergi
Kau seperti memanggil aku kembali
Agaknya aku yang perasan sendiri
Kau tak pernah minta aku tetap disini, dihati

Maka aku akan berusaha berlari
Walau aku sendiri tak pernah suka berlari pergi

Dan semoga suatu hari
Aku akan menjadi rusuk kiri
Walau aku benar berharap dihati
Kau pemilik jiwa ini

Kau pernah rasa macam ni?
Sayang yang terlalu tinggi
Cinta, hanya kau dihati
Rindu setiap hari
Sampai boleh post entry macam ni
Tiba-tiba aku jadi begini
Boo untuk diri sendiri

Sebabnya dulu aku taktau kau akan jadi terlalu bererti
Di hati, di hati, di hati

Jadi aku tak boleh terus begini
Aku harus lepaskan kau pergi
Kerana kau sudah ada yang menanti
Aku akan cuba melupakan kau walaupun aku sendiri tak pasti
Mampu ke aku hidup begini
Aku akan cuba, janji.


Apa rasanya bila kau rindu, lepastu kau text " I miss you " lepastu kau dapat report 'Undelivered Message '. Lepastu kau buat lagi benda sama tiap-tiap hari. Walaupun kau tau kau akan dapat jawapan sama. Agaknya apa kau rasa ?





*Ya, sekarang aku menangis lagi. Suka ?


Monday, October 17, 2011

Yang Keenam Tentang Seseorang.



I left because you never asked me to stay.









*Semoga aku tabah & kuat untuk terus hidup tanpa kau #AR.

Sunday, March 27, 2011

Seperti Berjelaga Jika Kusendiri.

Aku mau lari . Lari dari semua orang . Lari dari semua masalah . Lari dari semua cerita . Maaf, lately emosi jadi semakin tak menentu . Sikit-sikit rasa sebak . Rasa nak menangis . Bila tengok tv cerita sedih sikit dah bergenang air mata . Cepat-cepat taknak fokus sangat dengan cerita nanti takut menangis depan kawan-kawan . Semacam tercari-cari sesuatu . Atau seseorang . Entah, aku pon tak pasti .

Hati ni kalau boleh belah dada lepas tu baca apa yang ada tertulis, lepastu letak balik dekat tempat dia kan senang ? Tak payah susah-susah otak nak fikir apa sebenar nya hati ni mau . Selalu rasa semacam ada sesuatu yang kurang . Semacam ada sesuatu yang hilang . Atau sesuatu yang dah menjauhi . Yang telah pergi . Entah, aku pon kurang pasti apa .

Terasa macam ada sesuatu atau seseorang dah bawa pergi separuh hati ni . Kemana tempat nya aku pon taktau . Apa yang dah jadi pada hati ni pon aku taktau . Aku cuma terasa ingin lari . Ingin pergi jauh, sejauh yang boleh . Ke tempat yang aku akan dapat jumpa kembali separuh lagi hati ni . Ke tempat yang aku boleh buat apa yang aku suka . Yang aku rindu . Sendirian .

Mungkin aku yang kena mula bergerak mencari separuh lagi hati tu . Kalau jalan yang aku pilih untuk cari separuh lagi hati tu salah macam mana ? Kalau dah sampai hujung tapi masih tak jumpa separuh hati tu apa aku nak buat ? Patah balik ? Kalau jalan nya bercabang banyak macam mana ? Aku nak pilih yang mana satu ? Hidup ni memang rumit sampai macam tu sekali .

Dan kalau dah jumpa separuh hati tu nanti macam mana aku nak cantum kan balik supaya jadi satu ? Macam mana kalau separuh hati tu tak boleh kemana-mana selain berada dimana tempat ia berada ? Aku yang kena tetap terus tinggal disitu ? Ataupun aku cuma kena pasrah dan mengalah dan lepaskan separuh hati tu . Dan hidup dengan separuh hati saja selama nya ?


Macam mana nak buat keputusan ikut gerak hati kalau separuh hati tak ada pada aku ?



//sambil tulis ni habis lah kompilasi lagu-lagu sedih Kerispatih. Damn you buat aku menangis je.





*Tolong kembali wahai hati.




Friday, March 18, 2011

Awan Nano - Hafiz


Lagu + Lirik + Video Clip = Superb .




P/s ; I love my Dad ! :)

* Wa menangis derr tengok video clip nih . Fuhh !

Tuesday, March 1, 2011

Where The Friends Go ?

Nampak macam tak perasan . Tapi sebenar nya saja-saja buat tak perasan . Saja taknak melayan perasaan . Saja taknak pikir bukan-bukan . Saja taknak mengganggu kehidupan . Saja taknak mengusutkan akal fikiran . Saja . Tapi sampai bila ?

Bila betul-betul nak buat perasan , bila rajin melayan perasaan , bila saja pikir bukan-bukan , bila saja nak biar mengganggu kehidupan , bila saja nak mengusutkan akal fikiran . Cuma ada satu soalan ; Where are my friends ?

( eh abaikan rhythm tu . taktau kenapa tiba-tiba boleh jadi macam tu -__-" )

Seriously dah tak nampak weh mana kawan-kawan semua pergi . Langsung . Hilang . Ghaib . Okay I'm not supposed to mumbling about this . They have their own life, they need their own time to be alone & they don't need me . See kan dah cakap bila betul-betul nak buat perasan layan perasaan I will feel veryyy depressed . -__-"

How many person which I used to call them FRIENDS know ; Where am I right now ? , What I'm doing ? , I'm okay ke tak ? , What happened to me ? . I bet only one person out of ten according to the rate yang tau these simple things . Okay I feel moree depressed !

Kawan-kawan mana yang perasan dulu I suka call/sms you walaupon cuma nak bagitau benda-benda remeh tapi sekarang dah tak ? Tau tak kenapa ? Sebab I dah give up . Yess . I feel sooo small among you semua . && hey did you lost my number ?




Okay lah kawan-kawan, I don't wanna make myself feel more more depressed so selamat mejalani kehidupan masing-masing . Masing-masing . Maybe sebab kawan-kawan bukan macam sahabat-sahabat ? Mungkin .

Anyway kawan-kawan, thank you sooo much for the time we've shared together long ago . I really really appreciate those moments .
&& Maybe You Just A Friend .

Let me feel the spaces between us growing deeper and it's darker everyday .

Btw, thank you for the friends yang masih ada . :)


p/s ; Mintak maaf sebab menulis dengan sangat berterus-terang kali ini. Yang saket hati / terasa hati dengan entry ini, I bet it's a good thing. It shows that you aware of this .


* I tried to hold the tears from fall when I'm writing this . But I cant . :'(

Thursday, February 10, 2011

Akhir Rasa Ini.

Ini entry tiba-tiba . Tiba-tiba bila rasa sedih . Weh I'm stuck here in Segamat sedangkan birthday hari selasa nih . Hari selasa nih . Hari SELASA nih ! Dah lah cuti sampai selasa . Boleh paham tak ? Sedih doh . Eh eh stuck bukan sebab banjir ke hape ke tapi sebab ada masalah di KL yg tak dapat di elak kan . GOSH !

First time ever kot birthday hambar gila . Yelah belum birthday lagi tapi I dah tau dah dull gila nanti . Family jauuhhhh, kawan-kawan jauhhhh, BF jauhhhh eh BF takde. Loser gila tau tak rasa ?
Sila lah ketawa kan I sila .

Plus, before birthday tuh dah lah Valentine's Day . Gila betul loser lah kau Rozy . Orang celebrate Valentine happy happy bagi bunga chocolates cakes cards segala . Kau dekat Segamat tercinta nih sorang-sorang . The last time I dapat hadiah Valentine 2 years ago . OMG .
Sila lah ketawa lagi sila .

Ok ok Valentine's Day tak elok sambut . Baik ustaz ustazah .

Someone, pleaseeee lah take me out of here . Ok I'm crying dah . Cakap lah I macam budak-budak cakap lah . Tak kesah . I nak balik . Paham tak I nak balik ? Ok sekarang dah tau macam mana perasaan kawan-kawan dulu yang balik rumah tiap-tiap minggu . Dah kena dekat I dah sekarang .




Ada tak orang yang baek hati nak bawak I balik KL keluar dr Segamat nih ? Nanti I bagi phone number I . ( HOH kau ingat kau artis glamour ke hape orang nak number phone kau ? )



*seriously in a very baddd mood .

Monday, January 24, 2011

Biar, Biarlah Berlalu.






Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Biar ia bertanda tanya sahaja
Hati ku dah lama bertitik noktah

Biar, biar lah berlalu
Biar, biar lah begitu
Biar waktu mengubat rindu
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biar lah mereka tertanya-tanya
Hati ku dah lama berganti arah

Mana pergi janji
Setia di sisi
Hanya aku yang tertunggu-tunggu
Waktu pun berjalan
Tak berkesempatan
Kau hilang tanpa pesanan

Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi



Ghaibmu by Imran Ajmain.



* You are completely UNAWARE of the effect you have on me.
http://www.free-lyrics.org/Imran-Ajmain/127905-Ghaibmu.html

Tuesday, January 18, 2011

Separuh Berbentuk Hati, Cinta Nama nya.

Ini entry serious . Jangan baca sambil tersenyum. Jangan. Oke mari mula.

Sekarang you would see me berjalan sorang-sorang tanpa ada teman disebelah berjalan sekali . Sekarang dah tak macam dulu . Sekarang saya lebih suka berjalan sendiri, membeli-belah sendiri, makan sendiri, tidur sendiri . Errr .

Sekarang dah takde perasaan teruja macam dulu . Sekarang saya dah tak reti nak senyum . Dah tak reti nak ketawa . Sekarang cuma sendiri . Saya lagi selesa begini buat masa sekarang . Tapi yeah, saya rindu juga masa-masa kita bersama dulu . Kadang-kadang saya akan jadi sangat rindu pada awak . Rindu yang sangat rindu . Awak tak tau semua tu . Awak tak mungkin akan pernah tau . Saya di sini ditinggalkan keseorangan . Awak pernah rasa tak perasaan macam saya rasa ni ?

Saya selalu teringatkan awak sampai tiap-tiap malam awak masuk dalam mimpi saya . Sampai tahap saya dah tak boleh dengar lagu cinta, mesti saya menangis punya . Sampai saya rasa nak menjerit berharap awak dengar jeritan saya untuk awak yang jauh . Saya lalui semua ni awak tau tak ?

Keterlaluan tak kalau saya kata, saya tak boleh letak kan sesiapa pon di dalam hati saya selain awak . Sebab awak dah isi semua tempat dalam hati saya . Untuk orang lain duduk bertenggek sekejap pon saya tak mampu nak benarkan . Saya pernah cuba . Bukan sekali . Bukan dua kali . Tapi saya tetap tak boleh kosongkan tempat yang awak pernah isi dalam hati saya .

Pernah tak awak terfikir nak datang melawat hati saya dan bersihkan bekas tempat yang awak pernah isi dulu ?

Tolong.



Ku ingin kau tahu,
diriku disini menanti dirimu,
meski ku tunggu hingga hujung waktu.




* Tinggalkan dia untuk saya boleh tak ? :'(

Monday, January 3, 2011

You Prefer Me to Fall When I Want To Stand Up.

I never been in this miserable situation . I never cried about these things before . But hey, I cry and the tears just couldnt stop . I want to make the best decision for everybody . I need the supports . I really need them .






* I hate being in this situation . Gosh !