Yang mahu kau selalu disini
Sentiasa disisi
Seperti dulu, bila kau tak pernah sepi
Aku mahu semuanya kembali
Akal kata pergi
Hati kata nanti, jangan pergi
Mana satu ni?
Ada masanya aku lebih menyebelahi hati
Tapi sampai bila aku mesti menanti?
Bila kau sendiri tak peduli
Sama ada aku hidup ataupun mati
Bila masanya untuk aku pergi
Kau seperti memanggil aku kembali
Agaknya aku yang perasan sendiri
Kau tak pernah minta aku tetap disini, dihati
Maka aku akan berusaha berlari
Walau aku sendiri tak pernah suka berlari pergi
Dan semoga suatu hari
Aku akan menjadi rusuk kiri
Walau aku benar berharap dihati
Kau pemilik jiwa ini
Kau pernah rasa macam ni?
Sayang yang terlalu tinggi
Cinta, hanya kau dihati
Rindu setiap hari
Sampai boleh post entry macam ni
Tiba-tiba aku jadi begini
Boo untuk diri sendiri
Sebabnya dulu aku taktau kau akan jadi terlalu bererti
Di hati, di hati, di hati
Jadi aku tak boleh terus begini
Aku harus lepaskan kau pergi
Kerana kau sudah ada yang menanti
Aku akan cuba melupakan kau walaupun aku sendiri tak pasti
Mampu ke aku hidup begini
Aku akan cuba, janji.
Apa rasanya bila kau rindu, lepastu kau text " I miss you " lepastu kau dapat report 'Undelivered Message '. Lepastu kau buat lagi benda sama tiap-tiap hari. Walaupun kau tau kau akan dapat jawapan sama. Agaknya apa kau rasa ?
*Ya, sekarang aku menangis lagi. Suka ?
No comments:
Post a Comment