Abah ada sakit jantung. Penyakit orang kaya katanya. Dah lama dah. Dari aku sekolah menengah lagi rasanya. Tapi dulu dah okay. Tapi sekarang sakitnya datang lagi. Aku pon taktau kenapa. Sedih & risau bila tengok abah asyik urut-urut dada. Bila time abah sakit tu, bukan setakat sakit dada je, abah muntah-muntah sekali. Abah batuk yang tak henti-henti. Tidur sekejap, terjaga. Tidur, jaga. Sebab sakit. Dada rasa panas. Abah bangun, pasang kipas. Bukan sakit jantung je, darah tinggi, asma, pon abah ada. Abah kerja kuat sangat agaknya.
Dah, abah rehat je. Jangan kerja kuat lagi.
Sepanjang hidup, tak pernah takde abah. Abah yang bawak pergi beli kasut, abah yang bebel bila sebuah jerawat naik dekat muka, abah yang bagi cadangan nak buat rambut stail macam mana, abah yang kejutkan bangun pagi errr. Semua abah.
Oleh itu, biar aku yang pergi dulu. Sebab aku taknak tau macam mana rasanya kalau abah yang pergi dulu. Betul ni. Tak main-main.
Oh btw, sape orang PJ yang benci aku ni ? LOL. Takpe, aku maafkan.

Sila lah kelik untuk tumbesaran sebesar gajah.
* I love you Abah. Get well soon ya ! :)
2 comments:
hope ur Abah get well soon. u r just like me,hoping to die first before them. :) cherish him for every second u have. dont take him for granted.
hugs&kisses
thank you Ain. he's better dah skrg.
kan? i wish to die before him. :)
taktau mcm mana nak buat kalau Abah takde. :(
Post a Comment